Wednesday, October 31, 2012

TERIMA SAYA SEADANYA :)






ASSALAMMUALAIKUM :) 

ALHAMDULILLAH :) 

Hujan turun dengan penuh rahmat daripada Allah S.W.T . .  :) 
Semoga setiap hidupan didunia dapat menghargai dan mensyukuri rahmat Allah S.W.T :) 

"TERIMA SAYA SEADANYA" 

Kata-kata yang sering kali saya gunakan suatu ketika dahulu. Bila ada saja orang yang cuba "judge" saya.. Tak kira lah dari segi luaran atau pun dalaman.. Inilah kata-kata yang kerap saya ungkapkan.. Saya sangat marah.. Sangat tak suka bila ade orang cuba membetulkan saya dalam urusan peribadi.. Dan hari ini, saya lihat... Hampir kebanyakkan daripada kita masih lagi menggunakan kata-kata ini.. 

Tidak ada salahnya dengan kata-kata itu sekiranya kita gunakan dengan cara yang betul bukan sepertimana yang pernah saya gunakan dulu... 

Hidup ini suatu pengembaraan.. Dari kita terjaga dari tidur, kita sudah mula mengembara sehinggalah kita tidur semula. Bahkan, tidur itu juga suatu pengembaraan buat kita.. Entah sampai bila nafas ini mampu bertahan. Yang pasti . . . "YANG HIDUP AKAN MATI. ITU JANJI ALLAH S.W.T". Dalam pengembaraan hidup ini, akan datang pelbagai cabaran dan kesenangan daripada Allah S.W.T. Dan semua itu adalah ujian buat kita untuk sentiasa bersabar dan bersyukur kepada Allah... 

Tapi.. Lihat diri kita hari ini, semalam atau pun bertahun-tahun yang lalu. Siapa kita? Sudahkah kita menjadi khalifah yang sebenar dimuka bumi Allah? Persoalan ini tidak seharusnye terhenti untuk ketika ini, saat ini, hari ini . . . Tapi teruskanlah bertanya pada diri... Sudahkah kita bersiap sedia.. 

Ada sedikit rasa kecewa dalam diri saya.. Suatu ketika dahulu, ramai yang sangat mengasihi saya dan sering menasihatkan saya untuk menjadi yang lebih baik.. Tapi saya menolak dan saya tetap inginkan mereka terima diri saya seadanya... Tapi bila hari ini, saya pula melakukan perkara tersebut pada seseorang dan dia memberi jawapan yang sama seperti mana yang pernah saya gunakan dulu... "TERIMALAH SAYA SEADANYA". Hari ini hati saya sedikit hancur... Bukan kerana si dia.. Tetapi mengingatkan diri saya yang dulu buatkan saya sedikit kecewa dan kesal. Saya hanya mampu berdiam diri dan mendoakan yang terbaik untuk insan ini.. 

Sekiranya mereka tidak kisah tentang pengakhiran hidup kita... (diakhirat kelak).. Dah lama mereka membiarkan kita terusss hanyut ... Tapi mereka ini sangat menyayangi kita.. Ingin melihat kita menjadi insan yang terbaik... Jadi, cubalah lembutkan hati dan terima nasihat mereka.. Insya Allah manfaatnye lebih untuk diri kita sebenarnya... 

Hidayah Allah itu Insya Allah akan ada untuk kita sekiranya kita berusaha untuk mencarinyaa... Jangan ditunggukan hidayah Allah itu jatuh ke ribaa... Kita tak tahu bila ajal kita... :)


Saidina Ali Bin Abi Talib r.a : 
Ditanya oleh seseorang : Saya telah berbuat dosa...
Saidina Ali berkata : Taubatlah kepada Allah kemudian jangan kau ulangi...
Lalu orang itu berkata : Saya telah taubat tapi saya ulangi lagi...
Ali r.a berkata : Taubatlah kepada Allah kemudian jangan kau ulangi lagi...
Orang itu bertanya : Sampai bilakah?
Jawab Saidina Ali : Sehingga syaitannya kecewa & menyesal...