Monday, September 24, 2012

;)

ASSALAMMUALAIKUM :) 

Alhamdulillah :) sudah setengah hari berlalu hari ni dan segalanya berjalan dengan sangat sangat baik :) Insya Allah :) Formulanya mudah sahaja, andai kita sentiasa ingat pada Allah, Allah akan sentiasa ada dekat dengan kita walaupun tidak kelihatan :) 

Suka untuk saya mengingatkan semua kawan-kawan yang sudi membaca blog saya, gunakanlah masa-masa anda yang terluang untuk sentiasa dekat kepada yang Maha Pencipta dan juga kekasih Allah, Rasulullah S.A.W :) Peringatan ini bukan untuk kawan2 sahaja tetapi sebenarnya untuk diri saya juga... Kadang kala,kita terlalu asyik bergembira dengan pelbagai perkara yang sia2 sedangkan dunia ini bakal sampai ke penghujungnya yang kita sendiri tak tahu bila . . Tak salah pada pandangan saya andai kita sentiasa bermuhasabah diri setiap masa supaya kite lebih peka :) 

Saya sendiri dalam proses itu. . Ada rakan2 yang perasan dengan perubahan saya.. Tapi saya lebih suka andai rakan2 melihat perubahan itu bukan sebagai satu jurang untuk kite terus berkomunikasi.. Bukannya saya tak boleh berhubung dengan org lain terutamanya lelaki.. Boleh.. Cume saya sendiri yang perlu berhati2 dan menjaga.. Mungkin perbezaannya akan ketara.. tapi saya lakukan untuk mendapatkan redhaNya :) 

Biar susah mana sekali pun perjalanan ini akan saya lalui... Biar beribu kali saya tersungkur... Saya akan terus bangun dan mencuba.. Bukan manusia yang akan menentukan baik buruk kita.. Semua itu milik Allah S.W.T... Manusia sekadar menjalankan takdir untuk kita belajar sesuatu :) 

Insya Allah :) Amin :) 


No comments:

Post a Comment