Thursday, September 20, 2012

:P

ASSALAMMUALAIKUM :)


Alhamdulillah :) Sekarang dah masuk 2 minggu saya dan beberapa rakan yang lain melanjutkan pelajaran di kampus puncak alam :) Masing-masing Allah S.W.T. dah tentukan rezeki untuk kita. . Ada kawan-kawan yang dulu satu kelas, sekarang dah masuk course lain :) Rezeki kite semuenye berbeze :) ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita . . JADI! KEEP ON BERSYUKUR! :) JANGAN SALAH SANGKA DENGAN APA YANG ALLAH BERIKAN TAW :)

Walaupun ada kawan-kawan yang ta sambung course yang sama, ta bermakna ta boleh jadi kawan kan :) huhu . . Ta bermakna ta boleh jumpa kan :) Alhamdulillah :) Saya masih serumah dan sebilik dengan kawan kawan baik saya!! :) hu hu hu :)

Untuk kawan-kawan yang dapat sambung degree . . .Sikit sangat sangat . . :( kuota yang dibukak ta banyak . . :( BUT . . BELIEVE IN THEM!!! :) Ada hikmah disetiap perkara yang berlaku . . :) Saya akan terus doakan untuk kawan-kawan yang lain untuk terus maju!! yey!! :) huhu . .

Masa mula-mula saya menjejakkan kaki kat kampus . .Rasa takut sangat-sangat :( Takut bila fikirkan tak ada lagi kawan-kawan yang ramai . .Sampai hari hari mama pesan, belajar bukan untuk kawan . . Tapi mama. . Suasana tu terlalu berbeza . .Musty akan ada rasa kehilangan . . :( Minggu pertama berlalu dengan pelbagai konflik... macam-macam bende nak kene setelkan . . Hari hari pergi kelas, rasa sangat tak selesa sebab majoriti bukan kawan-kawan saya yang dulu . . Rasa nak balik cepat-cepat tengok muka kawan-kawan kat rumah :) hu hu hu  . . Bila jumpa diorang baru rasa seronok!! :) I'm not saying kawan-kawan yang dalam kelas tu ta baik dan lain-lain . .Cuma mungkin ada perbezaan nya . . Masing-masing nampak sangat serius . . Tapi . . Alhamdulillah :) Minggu kedue sangat-sangat seronok!! Saya dah boleh adapt dengan semua kawan-kawan :) Mungkin minggu pertama tu terkejut lagi kot :) he he he :)

Bukan saya mengada-ngada atau buat-buat cerite. . 3 tahun yang lalu, masa diploma, suasananya adalah sangat sangat berbeza . . Segala kepayahan, kegembiraan, pergaduan dan pertelingkahan dan juga kritikkan kami lalui bersama-sama walaupun mengata-ngata.. huhu :) Sekarang, lagi sekali 3 tahun yg baru bakal berlalu tetapi mereka tak ada dengan saya . . Mustyla saya sangat2 terasa perbezaannya . . :(

Tapi!! Saya kene terus berfikiran positif . . Kawan2 yang lain ada haluan mereka yang lain . . :) Setiap kali saya melangkah ke kelas. . Niat akan saya perbetulkan setiap hari . . 1. Perjuangan ini untuk memenuhi tuntutan sebagai hamba Allah dan juga ummat Rasulullah S.A.W untuk terus menimba ilmu. 2. Perjuangan ini untuk mama dan abah yang mengharapkan kejayaan daripada puteri sulung mereka :) 3. Untuk diri saya sendiri dimasa akan datang dan akhir sekali . . Untuk meneruskan perjuangan rakan-rakan di satu medan yang dulu pernah kami lalui bersama . . :) Saya akan cuba untuk meningkatkan kebolehan dan ilmu saya dalam bidang yang sangat saya cintai untuk membantu mereka yang memerlukan :)

Semoga setiap penat lelah akan terbayar suatu hari nanti . . : ) Jadikan Allah yang pertama, Insya Allah kita akan berada dijalan yang benar :) Saya masih belajar dan masih berusaha ke arah yang lebih baik :)


KAWAN KAWAN!! DOAKAN SAYA :)) 

No comments:

Post a Comment